Rabu, 16 Disember 2009

Di sebalik sisi gelap Black Metal

Apakah sebenarnya yang tersembunyi di sebalik Black Metal? Adakah ia sekadar muzik dan hiburan semata-mata? Adakah ia suatu ideologi songsang daripada pengikut-pengikut kefahaman paganisme dan penentang aliran keagamaan? Siapakah pengasas Black Metal dan wajarkah Black Metal dianggap sebagai seni?

Semuanya mungkin terjawab di dalam dokumentari Until the Light Takes Us yang memfokuskan kepada aktiviti Black Metal di Norway. Dokumentari ini diarahkan oleh Aaron Aites dan Audrey Ewell yang cuba untuk merungkaikan apakah yang terdapat disebalik kehidupan seorang pemuzik Black Metal. Adakah kehidupan biasa mereka sama seperti orang lain, dan apakah yang mendorong mereka melakukan sesuatu yang ekstrem seperti membakar gereja dan juga pembunuhan.

Dokumentari ini turut memuatkan temuramah bersama beberapa pemuzik Black Metal antaranya Gylve 'Fenriz' Nagell dari kumpulan Darkthrone, Varg Vikernes (Burzum), Jan Blomberg (Mayhem) dan Kjetil Haraldstad (Satyricon).

Kepada mereka yang ingin mengetahui kisah di sebalik sisi gelap Black Metal bolehlah menonton dokumentari ini, bagaimanapun aku kurang yakin ia akan ditayangkan atau dipasarkan di Malaysia.

TRAILER UNTIL THE LIGHT TAKES US

Tiada ulasan: