Jumaat, 14 Ogos 2009

Orang Rawa

Imej Buku Rao di Sana Sini dari blog sekondakhati.blogspot.com


Tadi aku telah melayari blog sekondakhati dan melalui blog tersebut aku mendapat info tentang tokoh-tokoh dan selebriti berketurunan Rawa, yang juga merupakan keturunanku (malangnya aku tidak pandai berbahasa Rawa). Antara tokoh-tokoh tersebut seperti

Datuk Seri Aziz Shamsuddin (bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah)

Ahmad Zahid Baharuddin atau Zahid AF (artis)

Datuk Mohamad Noor Khalid atau Lat (kartunis, bermakna abang Mamat Khalid pun Rawanese jugaklah ni)

Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia)

Datuk Seri Rafidah Aziz (bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)

Allahyarham M. Shariff (artis, antara pengumpul gitar Fender dan cermin mata di Malaysia)

Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid (Tokoh Maal Hijrah 1999, Tokoh Melayu Terbilang 2008)

Zami Ismail (artis)

Opie Zami (artis)

Kumpulan KRU = Norman, Yusri dan Edry (artis)

Dr. Burhanuddin Al-Helmy (Pengasas Parti PAS)

Shamsul Azhar Alaiddin aka Shamsul Ghau Ghau (artis)

Allahyarham Ibrahim Pendek (artis)

Wahti Mahidin dan Jad Mahidin (wartawan)

Kolonel Yeop Mahidin (ayah kepada Wahti Mahidin dan Jad Mahidin)

Mungkin aku boleh tambah sedikit

Baharuddin Kahar (penulis dan novelis)

Malim Ghozali PK (penulis dan novelis)

Tun Siti Hasmah Mohd Ali (isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad).

Tak sangka aku rupanya etnik yang agak low profile ini mempunyai ramai tokoh dalam berbagai bidang. Komuniti Rawa mungkin agak asing dan jarang diketahui berbanding etnik atau keturunan yang lain seperti Jawa, Minang, Banjar dan sebagainya. Kini aku berbangga dilahirkan sebagai Rawa.

1 ulasan: