Selasa, 9 Jun 2009

Bill mungkin kena bunuh


Perkembangan terbaru kematian pelakon David Carradine. Pihak keluarga David Carradine mengesyaki dia telah dibunuh oleh suatu pertubuhan rahsia kerana kononnya David Carradine akan mendedahkan kewujudan kumpulan tersebut.

Kumpulan itu dikatakan sebuah kumpulan seni mempertahankan diri tradisional yang bergerak secara rahsia. Walaupun pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kemalangan namun peguam keluarga David Carradine menyangkal laporan tersebut.

Sewaktu ditemuramah dalam rancangan Larry King Live, peguam Mark Geragos berkata David sangat teruja untuk membongkarkan rahsia sebuah kumpulan seni mempertahankan diri dan jurusan yang dimiliki oleh kumpulan tersebut.

Pengurus David Carradine iaitu Chick Binder juga mengesyaki David Carradine telah dibunuh berdasarkan keadaannya sewaktu ditemui iaitu dengan tangan terikat ke belakang dan terdapat kesan tapak kasut di katilnya yang tidak menyamai tapak kasut David Carradine.

Bagaimanapun isteri keempat David Carradine iaitu Marina Anderson menolak tanggapan David telah dibunuh dan mendakwa David memang suka melakukan aksi seks yang merbahaya.

Pihak keluarga David Carradine yang lain telah meminta Agensi Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menghantar anggota mereka ke Thailand dan membuat siasatan lanjut atas kematian pelakon itu.

David Carradine telah mempelajari seni mempertahankan diri apabila dia melakonkan watak seorang sami bernama Kwai Chang Caine dalam siri televisyen tahun 70'an berjudul Kung-Fu. Dia juga pernah muncul dalam filem Lone Wolf Mcquade bersama pelakon dan pakar mempertahankan diri Chuck Norris. Di dalam filem ini dia telah menjadi penjahat yang pakar dalam seni Kung-Fu.

Dia juga telah muncul dalam filem Kill Bill Vol. 1 dan 2 memegang watak sebagai ketua penjahat bernama Bill. Seperti filem Lone Wolf Mcquade dia juga digambarkan sebagai seorang yang pakar dalam seni Kung-Fu.


David Carradine ditemui mati dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada 3 Jun 2009. Punca kematian adalah kerana saluran nafasnya tersekat. Pada mulanya pihak polis Thailand mengesahkan bahawa David Carradine telah membunuh dirinya tetapi kemudian kematiannya disahkan sebagai kemalangan (sewaktu melakukan seks).

Sumber asal di sini.

Tiada ulasan: