Isnin, 2 Februari 2009

Jackie Chan sebagai pendatang haram

Jackie Chan akan muncul dengan filem terbaharu (baharu, betul ke ejaan aku, baru nak sesuaikan diri dengan ejaan ini) arahan Derek Yee berjudul The Shinjuku Incident. Di dalam filem ini Jackie Chan memegang watak sebagai Steelhead, seorang warga China yang memasuki negara Jepun secara haram.

Filem The Shinjuku Incident adalah sebuah filem yang berbeza dengan filem-filem Jackie Chan sebelum ini. Tiada komedi, tiada aksi kung-fu, The Shinjuku Incident lebih menitikberatkan tentang lakonan Jackie Chan semata-mata. Ini kerana Jackie Chan ingin mencuba bakat lakonannya dalam sebuah filem serius, bukan lagi filem aksi dan komedi seperti sebelum ini. Tidak bermakna Jackie Chan akan terus melupakan filem aksi dan kung-fu, filem Hollywood lakonannya akan menyusul selepas The Shinjuku Incident iaitu The Spy Next Door yang bercorak komedi aksi.

The Shinjuku Incident mengisahkan tentang Steelhead telah memasuki negara Jepun secara haram untuk mencari teman wanitanya Xiu Xiu lakonan Xu Jinglei. Di wilayah Shinjuku Steelhead telah bertemu dengan Jie lakonan Daniel Wu, juga seorang imigran China. Mereka berdua membuat kerja buruh kasar untuk mendapatkan duit. Apabila mendapat tahu bahawa Xiu Xiu telah mengahwini ketua Yakuza bernama Eguchi (Ken Watanabe), Steelhead menemui Eguchi dan berkhidmat kepadanya sebagai seorang pembunuh. Bagaimanapun Steelhead menjadi begitu obses dengan tugasnya sehingga dia menjadi lupa diri.

TRAILER THE SHINJUKU INCIDENT

2 ulasan:

Hulubalang Derhaka berkata...

Macam menarik je cerita ni..
Akhirnya Jackie Chan mahu membawa watak serius.. Dia dah terlalu sinonim dengan komedi aksi..

zulazahari berkata...

JC telah lama dieksploit oleh Hollywood sbg pak lawak, so filem ini mungkin menjadi vice versa bagi anggapan itu.