Selasa, 6 Januari 2009

Remake untuk filem Rosemary's Baby dibatalkan


Filem seram klasik Rosemary's Baby terselamat daripada menjadi mangsa remake. Menurut produser Brad Fuller, pihak Platinum Dunes telah membatalkan projek untuk membikin semula filem seram klasik arahan Roman Polanski ini. Alasannya kerana mereka merasakan filem ini sukar untuk dibikin semula.

Baiklah, Rosemary's Baby telah terselamat, tetapi tidak untuk Freddy Krueger. Platinum Dunes yang diasaskan oleh Michael Bay ini akan membuat reboot untuk filem Nightmare on Elm Street. Alamak, bermakna kita akan menonton kisah Freddy Krueger daripada awal semula. Perkara yang sama telah dilakukan kepada filem The Texas Chainsaw Massacre, Friday the 13th dan juga filem Halloween arahan Rob Zombie (bukan terbitan Platinum Dunes). Nampaknya tak dapatlah hantu-hantu ini nak berehat dengan aman. Kesian!

Oh ye, Robert Englund tidak akan kembali memegang watak Freddy.

BERITA ASAL DI SINI

Tiada ulasan: