Khamis, 30 Oktober 2008

EASTWOOD KEMBALI BERAKSI


Selain daripada filemnya, The Changeling yang bakal muncul dan menampilkan aktres Angelina Jolie, Clint Eastwood juga bakal beraksi dalam filem terbarunya berjudul Gran Torino.

Filem yang bercorak drama aksi ini akan menonjolkan Eastwood dengan watak yang sinonim baginya, seorang lelaki yang tegas dan keras kepala (rujuk Dirty Harry).

Di dalam filem ini, Clint Eastwood adalah Walt Kowalski, seorang veteran Perang Korea, memiliki sifat perkauman yang tebal. Kowalski menghadapi masalah apabila terpaksa berjiran dengan keluarga Tao, sebuah keluarga berketurunan Vietnam. Suatu hari keluarga itu telah diancam oleh sekumpulan samseng warga Vietnam, dan Kowalski telah menjadi penyelamat keluarga itu. Sejak saat itu bermulalah episod baru dalam hidup Kowalski dan keluarga tersebut.

Filem ini turut dibintangi oleh Bee Vang, Ahney Her dan Michael Kurowski. Ia diarahkan dan diterbitkan oleh Clint Eastwood sendiri.

TRAILER GRAN TORINO

Tiada ulasan: