Khamis, 30 Oktober 2008

BAA YAA BAA!!!

Tak tahu kalau Mahhass tahu siri ini atau tidak, siri inilah yang aku dok tunggu-tunggu apabila balik je dari sekolah. Dulu, sekitar 80'an, siaran televisyen bermula jam 5.00 petang. Selalunya dimulakan dengan siri kartun dan kanak-kanak. Antara siri kanak-kanak yang aku minati waktu itu ialah siri Bigfoot and Wildboy.

Siri berbentuk adventure ini mengisahkan Bigfoot and Wildboy adalah pelindung kepada hutan dan juga penghuninya. Setiap minggu Bigfoot dan Wildboy akan berdepan dengan musuh-musuh dan perosak-perosak alam sekitar, juga serangan makhluk asing dan perkara-perkara yang sukar dijelaskan.

Siri ini dibintangi oleh Ray Young sebagai Bigfoot dan Joseph Butcher sebagai Wildboy. Trademark siri ini ialah jeritan Bigfoot yang berbunyi "baa yaa baa!!!!!"


4 ulasan:

Aku berkata...

thehehee ... wa sampai dah lupa ceta ni ... lu ni nostalgia sungguh aaaa bro ... emmm ingat lagi tak ceta Man From Atlantis? huh, ceta tu wa cukup minat dedolu, masa tu wa heran mcm na org ni boleh menyelam lama gilosss centu ... bila dah besar baru tauuu ... itu semua ceta ajer ... thehehhe

zulazahari berkata...

Man from Atlantis? Ya, itu mmg faveret aku, aku selalu konfius antara pelakon dia, Patrick Duffy dgn Bill Bixby, hero citer Hulk, bila aku tengok Bill Bixby aku mesti cakap, dia ni la yg jadi ikan tu!

mahhass berkata...

Bigfoot sememangnya feveret wa dulu bro. Man from Atlantis pun. Eight is Enough, Chips, Buck Rogers, Airwolf, BJ & The Bear, Macgyver, Battlestar Galactica, Greatest American Hero, 21 Jump Street, Knight Rider, pun jgn lupa.

zulazahari berkata...

Yep, semua tu feveret wa jugak. Ada lagi, Emergency, Code Red, Chopper Squad, Captain Future, Kojak, Columbo, Night Stalker, fuh banyak lagilah, nanti aku akan tulis dlm entri Retro.