Khamis, 11 September 2008

RINDU DENGAN BILBO BAGGINS


Tak perlu risau. Rindu akan dilepaskan apabila filem The Hobbit siap nanti.

Guillermo del Toro (pengarah Hellboy, Pan's Labyrinth) akan mengarahkan filem yang diadaptasi dari karya J.R.R. Tolkien ini. Peter Jackson pula bertindak sebagai penerbit eksekutif. Ini merupakan berita baik bagi peminat-peminat The Lord of the Rings.

Filem ini boleh dikatakan penggabungan antara filem Hellboy dan Lord of the Rings. Pelakon-pelakon daripada kedua-dua buah filem akan berlakon dalam The Hobbit. Antara pelakon yang dijangka akan berlakon ialah Ian McKellen sebagai Gandalf, Andy Serkis sebagai Gollum, Viggo Mortensen sebagai Aragorn, Ian Holm sebagai Bilbo, Doug Jones sebagai King Thranduil dan juga hero Hellboy, Ron Perlman akan turut berlakon dalam filem ini, bagaimanapun wataknya masih belum diketahui. Tetapi semuanya masih di peringkat perbincangan lagi.

Nampaknya ada lagi filem blockbuster yang perlu dinanti.

Tiada ulasan: