Jumaat, 12 September 2008

PAINTBALL YANG MENGERIKAN



Macam-macam bentuk filem seram yang ada sekarang. Bukan saja filem seram yang menampilkan elemen supernatural seperti hantu, setan, jembalang, tapi juga filem seram yang dibikin tidak menampilkan lansung perkara karut marut dan tahyul itu. Antaranya seperti Botched, Severance, Battle Royale dan banyak lagilah, kalau aku nak listkan kat sini sampai malam pun aku tak berhenti menaip.

Terbaru dari Sepanyol, filem berjudul Paintball. Paintball? Apa yang menyeramkan tentang Paintball? Hanya permainan yang sepatutnya dimainkan oleh budak-budak (aku teringatkan time aku kanak-kanak riang dulu, masa kat kampung, main perang-perang, guna senapang kayu dan terung rimbang sebagai peluru, tiba-tiba kat pekan, kononnya advance la, ciptalah permainan bernama Paintball, padahal kami dah main dulu, lagi thrilling dan adventurous).

Bagaimana pula tiba-tiba permainan Paintball yang menggunakan peluru cat, dijamin tidak akan mendatangkan maut (cuma rasa sakit sikit), telah menyebabkan kematian. Peluru cat telah digantikan dengan peluru betul. Dan bagaimana pula sekiranya kita tidak mengetahui siapakah penembak tersebut sedangkan penembak itu sentiasa mengawasi gerak-geri kita. Maka permainan yang selamat ini bertukar menjadi mimpi ngeri.

Filem ini diarahkan oleh Daniel Benmayor dan diterbitkan oleh Filmax. Filem ini mungkin tidak akan ditayangkan di Malaysia memandangkan ia sebuah filem Sepanyol dan bukan keluaran Hollywood, dalam bentuk DVD atau VCD aku tak pasti (sebab sebelum ini VCD dan DVD filem Taxi (filem Perancis) memang laris di Malaysia. Susah-susah download je dari internet.

Tiada ulasan: