Khamis, 18 September 2008

LOS DAN FAUN

Daripada pengarah kreatif Afdlin Shauki, sebuah filem komedi dan penyiasatan akan menemui penonton di pawagam. Filem berjudul Los dan Faun yang dibintangi oleh Adlin Aman Ramlie, Hans Isaac, Afdlin Shauki, AC Mizal, Ida Nerina, Erra Fazira dan Stephen Rahman Hughes.

Los dan Faun mengisahkan seorang kaya bernama Tuan Soffaruddin (Afdlin Shauki) telah meninggal dunia. Selepas kematiannya, jam tangannya yang paling berharga telah hilang. Puan Jasmin (Erra Fazira) terlihat iklan Los dan Faun di televisyen, pencari barang hilang yang terkenal dan mengupah mereka untuk mencari jam Tuan Soffar.

Apabila Los dan Faun tiba di rumah Tuan Soffar, mereka mendapati Puan Jasmin adalah seorang wanita yang jelita dan tinggal berseorangan di rumah mewah tersebut. Puan Jasmin juga sering diancam oleh Jefri (AC Mizal), adik tiri Tuan Soffar yang mendakwa sebahagian daripada harta di rumah itu adalah miliknya.

Menurut blog Afdlin Shauki, filem ini dijangka akan ditayangkan pada 4 Disember 2008.

TRAILER LOS DAN FAUN

4 ulasan:

CRAZY BEAUTIFUL88 berkata...

last nite baru nengok jangan tido lagi, ida nerina ngan adlin aman ramli berlakon lam story ni, ader gak dia criter pasal story ni, x sabau nak nengok

firecaster berkata...

aku dapat tahu dari blog Afdlin Shauki (http://afdlinshauki.blogspot.com/) ada tiket percuma ke premier Los Dan Faun di http://fishermansfriend.com.my/afdlinshauki

Tanpa Nama berkata...

Hai!

Masih ada peluang tinggi untuk menang tiket Los dan Faun!Sebelum 16 Nov!!!

Tanpa Nama berkata...

Jumpa kamu di situ, firecaster! Saya sudah menang tiket premier LOS dan FAUN!!