Rabu, 13 Ogos 2008

PERANG BINTANG


Bila George Lucas menerbitkan filem Star Wars: The Clone Wars, aku tergelak sendiri. Sebelum ini George Lucas pernah menyatakan tiada lagi filem Star Wars yang akan diterbitkan selepas Episode III melainkan siri TV yang akan muncul tidak lama lagi. Tiba-tiba muncul pula filem Star Wars: The Clone Wars. Walaupun ia merupakan filem animasi CGI, ia masih lagi filem Star Wars yang bakal menjadi blockbuster. Lagipun, pada aku, filem Star Wars bermula daripada The Phantom Menace hingga Revenge of the Sith adalah merupakan animasi CGI (walaupun tidak sepenuhnya) berbanding filem Star Wars dulu-dulu yang banyak menggunakan stop-motion dan miniature.

Apa lagi selepas ini, animasi sudah, siri TV bakal menyusul, siri animasi TV juga akan ada, mungkin selepas ini Star Wars The Musical atau Star Wars Broadway ataupun Star Wars On Ice, apa-apa ajalah asalkan boleh buat duit.

Untuk kritikan yang lebih membina, sila klik sini


*Gambar dipetik dari movies.yahoo.com

2 ulasan:

Ajami Hashim berkata...

susuk bila nak rev bro?

zulazahari berkata...

Aku akan review susuk lepas aku tengok filem tu.