Selasa, 12 Ogos 2008

GHAZAL PARTY BOLEH KE BANG?


"Kamu ni tak tahu lain ke, asyik filem, muzik, TV. Cuba tulis pasal politik ke apa ke yang bermanfaat sikit", kata seorang teman kepadaku.

Nak tulis pasal politik? Aku rasa dah berlambak blogger yang menulis pasal politik sekarang, daripada ahli politik, penganalisis politik, orang yang suka berpolitik dan mereka yang tak tahu pasal politik pun menulis tentang politik. Dan disebabkan oleh rasa benci kepada 'figure' yang bukan kegemaran, maka terkeluarlah perkataan-perkataan 'vulgar' yang tidak sepatutnya dikeluarkan.

Dan aku pun harus melalui jalan yang sama? Sebenarnya aku dah letih membaca kisah-kisah politik yang ditulis di media mainstream, alternatif dan underground (dah jadi macam scene muzik pulak). Maka aku menjadikan blog aku sebagai 'escapism' untuk lari daripada kisah-kisah politik yang memualkan sekarang. Bukan bermakna aku membenci politik ataupun tidak mahu ambil tahu tentang politik, tetapi aku benci politik yang boleh memecah-belahkan. Sepatutnya politik digunakan untuk menyatu-padukan rakyat, bukan sebagai alat untuk menghentam, memfitnah dan membalas dendam.

Aku juga bukanlah pakar dalam bidang perfileman, muzik, seni ataupun kesusasteraan. Blog ini hanyalah tempat aku melatih bakat penulisan aku yang tidaklah hebat, mungkin setaraf pelajar sekolah menengah ataupun mungkin lebih rendah dari itu. Jadi kalau ada yang merasa tulisan aku hanyalah untuk membuang masa, maka aku telah memautkan di ruangan pautan beberapa blog yang pada aku agak berkualiti dan berguna, dan ditulis oleh individu daripada berbagai lapangan. Anda boleh luangkan masa di situ. Kepada yang 'meminati' tulisan aku pula, aku ucapkan terima kasih kerana sudi melawati blog aku yang tak seberapa ini (humble).

Parti apa yang aku sokong? Heheh.....aku bukanlah jenis yang nak mewar-warkan parti mana yang aku sokong. Kalau sewaktu mengundi pun undi dirahsiakan, wajarlah parti sokongan pun aku rahsiakan. Dan aku juga bukan ahli mana-mana parti melainkan let's go to party, yeah! yeah! Parti tu ok kot? Ataupun ghazal party.

Tiada ulasan: