Filem-filem sukan memang bagus untuk meningkatkan motivasi diri. Filem-filem sebegini lazimnya menyuntik semangat kepada diri, bukan hanya untuk atlet malahan kita juga boleh mengambil iktibar daripada filem-filem ini. Antara filem-filem sukan yang motivational seperti siri filem Rocky, Goal, Chak De dan Remember the Titans.
Dua buah filem berbentuk sukan akan ditayangkan di pawagam. Pertama ialah filem Goal 2: Living the Dream dan Forever Strong.
Goal 2: Living the Dream adalah sekuel untuk filem
Goal. Ia mengisahkan tentang pemain
Newcastle iaitu
Santiago Munez berhijrah ke
Sepanyol untuk bermain bagi kelab
Real Madrid. Di dalam filem ini beberapa pemain
Real Madrid seperti
David Beckham,
Robinho,
Ronaldo dan
Zinedine Zidane muncul sebagai
cameo. Dengarnya filem ini akan dilanjutkan menjadi trilogi.
Forever Strong pula mengisahkan tentang
Rick Penning, pemain ragbi untuk
Arizona Rugby Union kehilangan peluangnya untuk menjadi bintang setelah dihantar ke sekolah pendidikan akhlak di
Salt Lake City. Bagaimanapun
Rick kemudian bermain untuk pasukan ragbi
Highland High School di
Salt Lake City di kejohanan nasional, yang membawanya menentang pasukan lamanya. Filem ini mengenai sukan ragbi di
Amerika Syarikat, dan bukannya mengenai sukan
American Football (sebenarnya aku pun baru tahu sukan ragbi dimainkan di AS).
TRAILER GOAL 2TRAILER FOREVER STRONG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan