Selasa, 1 Julai 2008

WITHIN TEMPTATION



Sekiranya anda meminati band-band seperti Evanescence, Theater of Tragedy, Lacuna Coil dan Nightwish anda pasti menyukai band ini, Within Temptation.

Within Temptation adalah sebuah kumpulan rock dari Belanda. Within Temptation ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Sharon den Adel dan Robert Westerholt. Muzik mereka dikategorikan sebagai simfonik metal, tetapi ada juga yang melabelkan mereka sebagai gothic metal. Bagaimanapun, anggota kumpulan ini memberitahu muzik yang mereka bawakan berkonsep simfonik rock.

Within Temptation dianggotai oleh Ruud Adrianus Jolie (gitar), Sharon den Adel (vokal), Robert Westerholt (gitar,vokal), Jeroen van Veen (bass), Martijn Spierenburg (keyboard) dan Stephen van Haestregt (drum).

Album mereka yang terbaru ialah The Heart of Everything yang diterbitkan oleh Roadrunner Records. Lagu yang terdapat dalam album ini iaitu The Howling telah menjadi lagu latar untuk permainan video
The Chronicles of Spellborn manakala single pertama daripada album ini iaitu What Have You Done telah menduduki tempat ke-33 di Carta Mainstream Rock US untuk tahun 2007.

Lagu lain yang terdapat dalam album ini ialah Frozen, Our Solemn Hour, The Heart of Everything, Hand of Sorrow, The Cross, Final Destination, All I Need, The Truth Beneath the Rose dan Forgiven.

KLIK SINI untuk mendengar lagu-lagu dari kumpulan ini.

Tiada ulasan: