Selasa, 1 Julai 2008

STAR WARS: THE CLONE WARS


Anakin Skywalker akan menemui anda semula, bukan dengan imej Darth Vader tetapi dengan imej asal, perbezaannya ia dalam bentuk animasi CGI.

Star Wars: The Clone Wars merupakan filem pertama Star Wars yang ditayangkan di pawagam selepas filem Star Wars yang terakhir iaitu Star Wars Episode III: Revenge of the Sith pada tahun 2005. Filem ini juga merupakan filem Star Wars yang pertama dibuat dalam bentuk animasi CGI dan yang pertama dikeluarkan oleh Warner Bros. (sebelum ini filem-filem Star Wars dikeluarkan oleh 20th Century Fox).

Filem Star Wars: The Clone Wars ini akan dibuat sinambungannya di televisyen menerusi siri animasi TV The Clone Wars.

Star Wars: The Clone Wars mengisahkan perbalahan antara Confederacy of Independent Systems dan Galactic Republic. Apabila sekumpulan pemberontak menculik anak lelaki Jabba the Hut, Anakin Skywalker dan gurunya Obi-Wan Kenobi cuba menyelesaikan misteri di manakah anak lelaki Jabba the Hut berada dan siapakah yang mengetuai kumpulan pemberontak ini? Anakin Skywalker juga diberi tanggungjawab oleh Yoda untuk melatih seorang Jedi muda iaitu Ahsoka Tano.

Tiada ulasan: