Jumaat, 11 Julai 2008

PROTOTYPE (VERSI AKU)


Gambar Prototype tahun 1996, diambil daripada laman MySpace Prototype

Setelah membaca entri Bentara aku pun buat research sikit untuk band Prototype. Bukanlah nak melawan entri Bentara tetapi turut sama mempromote band tersebut, kalau benda tu baik dan berkualiti, apa salahnya kita war-warkan, betul tak?

Prototype adalah sebuah band berkonsepkan Trash dan Progressive Metal dari Amerika Syarikat, yang mana dua orang anggota band tersebut berasal dari Los Angeles.

Pada tahun 1994, dua orang anggota band Psychosis iaitu Kragen Lum (gitar) dan Vince Levalois (vokal dan gitar) meninggalkan band itu dan menubuhkan band baru bernama Prototype. Prototype kemudian disertai oleh dua orang lagi anggota iaitu Damion Ramirez (drum) dan Steve Gambina (bass).

Demo mereka yang pertama berjudul Seed yang dibuat dalam bentuk kaset. Demo Seed mengandungi tiga lagu iaitu Seed, Shine dan Dead of Jericho.

Pada tahun 1997, Pat Magrath pula menyertai mereka sebagai drummer menggantikan Damion Ramirez. Pat Magrath menjadi anggota Prototype sehingga tahun 2002. Steve Gambina pula digantikan oleh Mike Bear. CD terbaru mereka dirakamkan berjudul Cloned.

Kirk Scherer menjadi pemain bass untuk band ini pada tahun 1999. Selepas Pat Magrath meninggalkan kumpulan ini, kumpulan ini tiada pemain drum. Bagaimanapun sewaktu merakamkan CD terbaru mereka, Continuum pada tahun 2006, Damion Ramirez, pemain drum asal kumpulan ini telah bermain untuk Prototype manakala Pat Magrath pula menjadi pemain drum undangan untuk satu track dalam album ini.

Beberapa lagu daripada band Prototype pernah digunakan sebagai soundtrack untuk permainan video antaranya lima lagu daripada album Trinity digunakan untuk True Crime: Streets of LA. Lagu Probe pula dibuat dalam bentuk instrumental dan digunakan untuk video game MTX Motortrax. Dua buah lagu daripada album Continuum digunakan untuk dua video game berlainan iaitu Synthespian untuk VG Tony Hawk's Downhill Jam dan The Way It Ends untuk VG Guitar Hero III: Legends of Rock.

Stail muzik Prototype lebih kurang sama dengan muzik Dream Theater. Untuk mendengar beberapa lagu daripada Prototype anda boleh
Klik Sini.


* To Bentara, okay ke review aku, kalau salah harap maafkan.

1 ulasan:

BENTARA berkata...

kalau nak try, boleh google around for their MP3. Lepas tu beli la.

Ulasan tu OK cuma tak berapa jadi ulasan sebab ko pun tak dengar lagi kan?