Rabu, 23 Julai 2008

KOTA GELAP

Tak. Bukan Gotham City. Tapi Dark City. Sebuah filem detektif yang kemudian bertukar menjadi sains fiksyen.

Dark City memang pada asalnya ditulis oleh
Alex Proyas sebagai sebuah cerita detektif dan misteri pembunuhan. Kisah mengenai seorang detektif yang buntu, yang gagal untuk menyelesaikan satu kes disebabkan bukti-bukti yang diperolehi membawa kepada sesuatu yang sukar untuk difahami, membuatkan detektif itu menjadi gila.

Kemudian Alex Proyas menukar pula temanya kepada kisah seorang lelaki menjadi buruan pihak polis akibat jenayah yang tidak dilakukannya.

Alex Proyas juga mendapat inspirasi melalui sebuah kisah sains fiksyen mengenai simulasi realiti seperti filem The Matrix (Dark City dikeluarkan setahun sebelum filem sulung The Matrix), kisah mengenai manusia yang terperangkap dalam sebuah dunia buatan tetapi disangkakan itu adalah realiti.

Ketiga-tiga konsep itu digabungkan maka terjadilah filem Dark City, sebuah filem sains fiksyen yang berkonsepkan tech-noir.

Dark City mengisahkan seorang lelaki yang kehilangan memori (seperti amnesia) diburu oleh polis kerana disyaki sebagai pembunuh bersiri. Setelah mengetahui 'identitinya' yang sebenar, dia juga menjadi buruan sekumpulan manusia yang mempunyai kuasa luarbiasa.

Filem ini dibintangi oleh
Rufus Sewell, William Hurt, Kiefer Sutherland dan Jennifer Connelly. Filem ini diarahkan oleh Alex Proyas dan dikeluarkan pada tahun 1998.

5 ulasan:

Ajami Hashim berkata...

1 of my fav :-)

zulazahari berkata...

TQ Ajami,

Ajami Hashim comments on my blog, wow! This is an honour (actually aku tak tahu nak kata apa sebab rasa 'segan' di dalam diri begitu menebal bila seorang 'maestro' melawat blog aku)

tumpanglalu berkata...

crita ni mmg best. xrugi beli yg original. nway jennifer connely sungguh ayu kan..

Ajami Hashim berkata...

ayoo! maestro pulok!!! dah jd mcm record label AF laaa!... huhu!

bro...nx time bleh join me @ film prev Malaikat Maut etc..

per2 hal rebiu2 kau bleh thn!.. tulis lagi dan lagi tau!

zulazahari berkata...

Ajami,

Huhu....thats an honour, TQ, insya Allah kalau ada keizinannya aku akan turut serta.