Rabu, 16 Julai 2008

DENDAM ROBOT


Woo Hoo!!!! Sekuel untuk filem Transformers sedang dalam pembikinan.

Diberi judul Transformers: Revenge of the Fallen, masih mengekalkan Michael Bay sebagai sutradara, manakala Shia LaBeouf dan Megan Fox masih lagi watak utamanya, di samping Optimus Prime. Malahan watak Agent Simmons yang dibawakan oleh John Turturro turut akan kembali. Watak lain yang dijangka akan turut muncul ialah Captain William Lennox yang dibawakan oleh Josh Duhamel (Danny McCoy dalam siri TV Las Vegas). Watak Jazz yang dimatikan dalam filem Transformers mungkin akan kembali, tetapi tidak dinyatakan sama ada watak Megatron akan kembali atau tidak.

Plot keseluruhan untuk filem ini masih dirahsiakan tetapi ceritanya mungkin berkisarkan tentang serangan robot-robot Decepticons dari angkasa memandangkan di akhir filem Transformers dulu, watak Starscream ditunjukkan masih bebas dan terbang menuju ke langit. Kemungkinan Starscream kembali ke bumi bersama-sama Decepticons yang lain. Watak Scorponok juga tidak diketahui sama ada masih hidup atau mati setelah melarikan diri selepas bertempur dengan beberapa orang tentera Amerika sewaktu di Qatar.

Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 26 Jun 2009. Michael Bay juga akan membuat 'remake' untuk filem Friday the 13th. Baca di sini.

2 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

best!

tak sabar nak menunggu!

tumpanglalu berkata...

salam..
dr blog lain aku termasuk cni. good infos weh. lps aku ulang tgk 2 3 kali filem ni baru aku dpt tangkap yg sbenarnya 3 robot jahat telah menghilangkan diri yakni paling awal si scorponok pastu si barricade dan last skali si starscreamer. kalu xsalah nnti scorponok sanggup korban diri serah spark dia utk hidupkn smula megatron. haih xsabaq aih nak tgk sequel ni :)