Tengkorak kristal di dalam filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull
Pada tahun 1924, seorang pengembara iaitu F.A Mitchell-Hedges telah menjalankan satu ekspedisi di hutan belantara Amerika Tengah (sekarang dikenali dengan nama Belize). Ekspedisi tersebut adalah untuk mencari tinggalan dan sisa-sisa kota Atlantis. Mereka telah terjumpa kuil kaum Maya di Lubaantun dan membuat kajian pada kuil tersebut. Anna, anak perempuan Mitchell-Hedges ternampak sesuatu pada dasar kuil dan membuat penggalian di situ. Penggalian ini telah menemukannya dengan tengkorak kristal yang digelar The Skull of Doom. Tengkorak itu dikatakan mempunyai kuasa sakti dan bilangannya sebanyak 13 buah, menurut kaum Maya seandainya 13 tengkorak itu dikembalikan ke tempat asalnya, rahsia alam akan diketahui.
Satu lagi perkara menarik, di dalam filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull, Indiana Jones mendakwa dirinya pernah ditangkap oleh pejuang revolusi Mexico, Pancho Villa. F.A. Mitchell-Hedges juga di dalam bukunya mendakwa dirinya pernah ditangkap oleh Pancho Villa dan pernah ditembak di kaki yang menyebabkan kematian Mitchell-Hedges sedekad kemudian pada tahun 1959.
Tengkorak kristal yang didakwa ditemui oleh F.A. Mitchell-Hedges
Cerita F.A. Mitchell-Hedges ini mungkin merupakan inspirasi kepada George Lucas dan Steven Spielberg untuk filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull. Cuma yang aku pelik kenapa tidak menggunakan kisah Mitcell-Hedges sahaja untuk plot filem. Malahan Indiana Jones juga mengakui pernah melihat tengkorak kristal yang dipamerkan di Muzium British dengan mengatakan ia dibuat dengan menggunakan teknologi moden dan bukanlah tengkorak kristal yang asli. Ia merujuk kepada tengkorak kristal Mitchell-Hedges.
Untuk membaca lebih lanjut kaitan antara filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull dan juga kisah tengkorak kristal yang sebenar, sila KLIK SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan