Sebuah lagi filem mengenai ramalan dunia ini akan berakhir sedang dalam proses. Selepas M. Night Shyamalan menghasilkan The Happening, Alex Proyas (The Crow, Dark City) pula menghasilkan Knowing.
Filem yang dibintangi oleh Nicolas Cage ini mengisahkan tentang sebuah projek sekolah dimulakan pada tahun 1958 di mana semua pelajar di sekolah itu akan menulis ataupun melukis impian mereka. Impian yang ditulis dan dilukis itu akan dimasukkan ke dalam sebuah kapsul masa dan ditanam di sebuah sudut di sekolah itu.
Filem ini kemudiannya melewati 50 tahun akan datang di mana generasi baru yang menuntut di sekolah itu akan membuka kapsul masa tersebut dan membaca isi kandungannya. Seorang pelajar bernama Caleb Myles telah membaca impian seorang gadis 50 tahun yang lepas yang menulis dengan menggunakan kod dan mesej yang aneh. Perkara ini kemudian disiasat oleh ayahnya yang merupakan seorang penyelidik iaitu Profesor Ted Myles (Nicolas Cage) dan mendapati kod dan mesej itu merupakan ramalan mengenai malapetaka yang telah, sedang dan akan melanda dunia, termasuklah bilakah kemusnahan dunia itu sendiri.
Ted melaporkan mengenai mesej tersebut kepada pihak berkuasa bagaimanapun tidak diendahkan menyebabkan Ted bersama anaknya berusaha untuk menyelamatkan umat manusia daripada dilanda bencana, dan mereka kemudian mendapat bantuan daripada Diana Whelan dan Abby Whelan yang merupakan anak dan cucu kepada penulis mesej ramalan itu 50 tahun yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan