Khamis, 15 Mei 2008

SERANGAN NAZI DARI ANGKASA LEPAS


Pada penghujung perang dunia kedua, seorang saintis Nazi Hans Kammler telah berjaya mencipta roket ke angkasa lepas. Menggunakan pangkalan rahsia di Antartika, pihak Nazi telah melancarkan roket pertama mereka ke bulan. Pihak Nazi telah membina sebuah pangkalan di bulan dan melatih askar-askarnya di sana. Pada tahun 2018 askar-askar Nazi yang berpangkalan di bulan akan kembali ke bumi dan menyambung kembali agenda Hitler untuk menakluk dunia.

Hmm....mengapalah suka sangat buat filem mengarut macam ini. Tapi kalau dari segi teknikal filem ini memang menarik walaupun ia boleh dikategorikan sebagai sebuah filem low-budget. Sebagai hiburan ringan dan sebagai koleksi untuk penggemar filem-filem 'cult' macam aku filem ini bolehlah ditonton. Kadang-kala filem-filem sebegini pun ada mesej yang tersirat di sebaliknya, jadi di samping menonton, cubalah 'baca' juga filemnya.

Untuk menonton trailer filem komedi sains fiksyen ini anda boleh klik IRON SKY

Tiada ulasan: