Isnin, 28 April 2008

TRANSFORMERS 07


Filem kegemaran aku buat masa ini. Orang rumah aku kata filem ini filem kartun. Mula-mula pun aku ingat filem nie macam cerita Transformers masa aku sekolah dulu, tapi bila dah tengok aku dah jatuh cinta pulak dengan filem ini. Aku suka dengan filem ini sebab dia gabungkan unsur-unsur fantasi, sains fiksyen, aksi peperangan dan jugak komedi. Diarahkan oleh Michael Bay (Armageddon, The Rock, Pearl Harbor) memang lah aksi dia melampaui batas. Diterbitkan pulak oleh Steven Spielberg. Bagi aku filem ini sama paras dengan filem Lord of the Rings, Harry Potter dan jugak Spider Man. Malangnya aku tak sempat tengok Rambo 4 baru-baru ini. Kena tunggu keluar VCD/DVD ler pulak. DVD pirate dah lama keluar dah tapi aku menyampah beli DVD pirate, selalu stuck. Okey, that's all.

Tiada ulasan: