
Kerajaan Republik Rakyat China sanggup membiayai perbelanjaan yang besar untuk membikin filem berkaitan sejarah negara itu demi untuk mempromosikan kebudayaan dan latarbelakang negara China. Dengarnya filem The Battle of Red Cliff juga adalah salah satu promosi untuk Sukan Olimpik 2008 di Beijing.
The Battle of Red Cliff adalah salah satu kisah yang terdapat dalam novel Romance of the Three Kingdoms. Sebelum ini filem Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon yang diarahkan oleh Daniel Lee juga merupakan petikan daripada novel tersebut.
The Battle of Red Cliff dibintangi oleh Tony Leung Chi Wai (aku suka pelakon ini sejak kemunculan pertamanya dalam drama TV Police Cadet lagi), Takeshi Kaneshiro (The Warlords) dan Zhao Wei (Shaolin Soccer). Takeshi Kaneshiro akan muncul tak lama lagi dalam sebuah filem terbitan Hollywood yang diadaptasi daripada permainan video Jepun iaitu Ominusha.
TRAILER THE BATTLE OF RED CLIFF
Tiada ulasan:
Catat Ulasan